APAKAH FUNGSI BADAN PEMANTAU KEBAJIKAN PENDUDUK?


Saya kira di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 ini kedapatan lebih dari 5 buah NGO yang berdaftar secara langsung dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia atau JPPM. Termasuk juga dua buah NGO yang duduk di bawah Jabatan Perpaduan dan sebuah lagi NGO yang duduk di bawah Kementerian Perumahan. Kesedaran masyarakat di sini untuk berNGO mungkin bertitik tolak dari kepekaan mereka kepada beberapa isu yang memerlukan satu saluran rasmi untuk diutarakan. 

Antara NGO tersebut termasuklah Persatuan Penduduk, Badan Kebajikan Penduduk, Badan Pemantau Kebajikan Penduduk, Pewita, KRT, SRS termasuk juga Combi. Dan boleh juga dinamakan sekali Surau Infitah Al Khairiah sebagai medan dan saluran untuk masyarakat menyampaikan sebarang isu-isu yang berkepentingan.

Menyentuh tentang penubuhan sebuah lagi NGO yang berdaftar iaitu Badan Pemantau Kebajikan Penduduk atau BPKP, seolah terdapat pertindanan fungsi antaranya dengan sebuah lagi NGO iaitu Badan Kebajikan Penduduk yang telah didaftarkan lebih awal namun akhirnya menjadi dorman setelah peranannya diambil alih oleh persatuan penduduk.

BPKP lebih merupakan sebuah badan pemantau bebas yang peranannya lebih luas iaitu ia memantau fungsi NGO-NGO di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang. Umpamanya NGO-NGO yang memperjuangkan kebajikan penduduk, adakah NGO-NGO ini aktif dan peka serta menjalankan peranannya.   

Catat Ulasan

0 Ulasan