PERLEMBAGAAN
BAGI
BADAN PEMANTAU KEBAJIKAN PENDUDUK RUMAH PANGSA
SENAWANG FASA 2
(PPM-020-05-25102019)
FASAL
1 NAMA
1.
Pertubuhan ini dikenali dengan nama
BADAN PEMANTAU KEBAJIKAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG
FASA 2
Selepas ini
disebut pertubuhan.
2. Takrif Nama : SEBUAH BADAN YANG
AKAN MEMANTAU KEBAJIKAN PENDUDUK. NAMA RINGKASNYA IALAH BPKP
3. Bertaraf : Lain-lain
FASAL 2 TEMPAT URUSAN
1.
Alamat berdaftar dan tempat urusan pertubuhan ialah
NO C34, RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 70450 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
dan alamat untuk
surat-menyurat adalah
NO C34, RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 JALAN SENAWANG-PAROI 70450 SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
atau
di tempat lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa;
2. Tempat
urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar
Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 MATLAMAT
1.
Badan yang akan memantau kebajikan penduduk
2.
Badan yang akan menjadi tempat penduduk untuk
melapor permasalahan yang dihadapi. badan ini akan cuba mencari
kaedah penyelesaian berkesan
3.
Badan ini akan menyediakan
data, maklumat, statistik berkaitan penduduk seperti taraf hidup
penduduk, warga emas, ibu tunggal, anak yatim, oku, mualaf dan yang berkenaan
4.
Tiada
5.
Tiada
6.
Tiada
FASAL 4 KEAHLIAN
1.
Kriteria keahlian pertubuhan adalah seperti berikut
A.
Ahli Biasa
i. Kewarganegaraan : Malaysia
ii.
Umur Minima : 18 tahun
iii.
Kawasan/Negeri Tempat Tinggal Ahli : Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
iv. Keturunan/Bangsa : Semua
v. Jantina : Lelaki
dan Perempuan
vi. Agama : Semua
vii. Kriteria Keahlian
Yang Lain : Tiada
B.
Ahli Bersekutu
Terbuka kepada
mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
C.
Ahli Kehormat
Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan
boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa
dan terkecuali dari pembayaran yuran.
D. Ahli Seumur
Hidup
TIADA
E. Ahli Remaja
Tiada
2.
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli
hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada Setiausaha
yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu
dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
Jawatankuasa boleh mengikut
budi bicaranya menolak
sebarang permohonan
tanpa
memberi sebab.
3.
Tiap-tiap pemohon yang
permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk dan yuran
pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli Pertubuhan dan
hendaklah ia sebagai ahli.
FASAL
5 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI
1.
Ahli yang hendak berhenti daripada
menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis 2 minggu terlebih
dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan segala hutangnya.
2.
Mana-mana ahli yang gagal mematuhi
perlembagaan Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama
baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung
keahliannya bagi suatu tempoh masa yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa
memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut,
ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli
tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk
memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu
hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan
oleh ahli tersebut.
FASAL
6 SUMBER KEWANGAN
Sumber kewangan
pertubuhan ini adalah daripada:
1. Bayaran masuk :
RM 1.00 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja)
2. Yuran :
RM 1.00 (Ringgit Malaysia Satu Sahaja)
a. Yuran
tahunan hendaklah dijelaskan kepada
bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 7 hari dari awal
tiap-tiap tahunan
b.
Yuran seumur hidup ( perlu dijelaskan semasa
permohonan ahli )
RM Tidak Berkenaan
c. Ahli
yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua ( 2 ) tahun akan menerima surat
peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah hak-hak
keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
d. Ahli
yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga ( 3 ) tahun dengan sendirinya
terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya
tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang
ahli itu telah menerima
kenyataan
berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e. Jawatankuasa
mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah
membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f.
Yuran khas atau kutipan wang
daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan
persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh
yang telah
ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahun.
3. Sumbangan
Pertubuhan ini dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam bentuk wang
dan barangan. Sumbangan berbentuk wang hendaklah diisytiharkan dengan jelas dan
tepat dalam Penyata Tahunan pertubuhan.
4. Kegiatan Ekonomi
Pertubuhan ini
boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual, membeli, melabur, menyewa,
memiliki harta alih dan tak alih serta lain-lain kegiatan ekonomi.
FASAL
7 MESYUARAT AGUNG
1.
Pengelolaan Pertubuhan ini terserah
kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang- kurangnya satu perdua (1/2)
daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali jumlah ahli
Jawatankuasa, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung
bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk mesyuarat.
2.
Jika korum tidak cukup selepas
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka
mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (tidak lebih daripada
30 hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas
setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang telah
ditangguhkan itu, maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat
tetapi tidaklah berkuasa meminda perlembagaan pertubuhan.
3.
Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan hendaklah
diadakan dalam tempoh dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung Tahunan terakhir pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa. Agenda Mesyuarat Agung Tahunan adalah:
a. mempertimbangkan
laporan Jawatankuasa berkenaan aktiviti pertubuhan yang lalu;
b. mempertimbangkan
laporan Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit;
c.
memilih ahli-ahli Jawatankuasa dan melantik
Juruaudit (jika berkenaan)
d.
menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan
di dalam mesyuarat itu.
4.
Setiausaha hendaklah menghantar
kepada tiap-tiap ahli
sekurang-kurangnya 30 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan minit mesyuarat dan laporan
aktiviti tahunan serta penyata kira- kira
Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan dokumen-dokumen ini juga
hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan
Pertubuhan.
5. Mesyuarat Agung Khas
bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
a. bila difikirkan
mustahak oleh Jawatankuasa; atau
b. atas
permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari satu perlima
1/5 dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab
mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
6.
Mesyuarat Agung Khas yang diminta
oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu
tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan
mesyuarat itu.
7.
Pengumuman dan agenda untuk
Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha kepada semua
ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum
tarikh yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
8.
Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam
perlembagaan ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan terpakai untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi
selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan
bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah
dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh ini,
Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama
tidaklah boleh diadakan.
9.
Setiausaha hendaklah menghantar
kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dalam tempoh 3 bulan setelah selesainya
mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
1. Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat
Agung Tahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Timbalan Pengerusi Seorang Setiausaha
Seorang
Penolong Setiausaha Seorang Bendahari
2 orang Ahli
Jawatankuasa Biasa
2.
Pemegang-pemegang jawatan
Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan
tugas eksekutif dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
3.
Nama-nama untuk jawatan-jawatan di
atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan
cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula dua tahun sekali
.
4.
Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola
dan mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan
dan membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan
mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan
yang bertentangan dengan mesyuarat
agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan mesyuarat
agung. Jawatankuasa hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun
yang lalu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung.
5.
Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat
sekurang-kurangnya 4 kali dalam
setahun. Notis bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli
Jawatankuasa 7 hari terlebih dahulu.
Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Jawatankuasa bersama-sama
boleh memanggil supaya diadakan mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.
Sekurang-kurangnya setengah (1/2) daripada bilangan ahli Jawatankuasa
hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat
6.
Jika timbul perkara mustahak yang
berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat
Jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan
kelulusan dari ahli-ahli Jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut
mestilah disempurnakan sebelum
keputusan Jawatankuasa:
a.
Masalah yang dibangkitkan itu
hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan
kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
b.
Sekurang-kurangnya setengah daripada
bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka
terhadap itu; dan
c. Keputusan
hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling
hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya
untuk disahkan dan dicatitkan dalam minit.
7.
Ahli Jawatankuasa yang mungkir
menghadiri mesyuarat Jawatankuasa tiga kali
berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah
meletakkan jawatan.
8.
Jika seorang ahli Jawatankuasa
meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi
terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan
kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka
berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang lain memenuhkan
kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.
9.
Jawatankuasa boleh memberi arahan
kepada Setiausaha dan pegawai-pegawai
lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan melantik pengurus dan kakitangan
yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan
sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam
pekerjaan, curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau
kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
10. Jawatankuasa
boleh menubuhkan Jawatankuasa Kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan
kewajipan khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
11. Jawatankuasa
yang lama hendaklah menyerahkan semua dokumen Pertubuhan seperti sijil
pendaftaran, perlembagaan berdaftar, salinan Penyata Tahunan, surat- surat maklumbalas, buku-buku akaun,
buku bank, cek dan resit, geran-geran tanah, senarai aset dan sebagainya kepada
Jawatankuasa baru.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI
1.
Pengerusi, dalam tempoh menyandang
jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung dan semua
mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab
atas kesempurnaan perjalanan semua mesyuarat.
Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani minit
mesyuarat bila ia diluluskan.
2.
Timbalan Pengerusi hendaklah
memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
3.
Setiausaha hendaklah menjalankan
kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut perlembagaan dan hendaklah ia menjalankan
semua perintah mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab
mengendalikan urusan surat menyurat dan
menyimpan semua rekod dan dokumen Pertubuhan, kecuali buku-buku akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha
hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli
mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh
lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap ahli.
Ia hendaklah hadir dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
4.
Penolong Setiausaha hendaklah
menolong Setiausaha menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa
ketiadaan Setiausaha.
5.
Bendahari adalah bertanggungjawab
berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Dia hendaklah bertanggungjawab
sepenuhnya atas ketepatan penyata kewangan pertubuhan
yang terdiri daripada penyata penerimaan dan perbelanjaan serta kunci kira-kira.
6.
Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah
membantu Jawatankuasa dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
1.
Tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan berikut dalam perlembagaan ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang
berfaedah bagi
menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah belanja
pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan
kakitangan yang bergaji serta upah juruaudit.
2. Bendahari
dibenarkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 1000.00
(Ringgit
Malaysia Satu Ribu Sahaja) pada sesuatu
masa. Wang yang lebih dari jumlah
itu mestilah dalam tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam akaun bank atas nama Pertubuhan.
3.
Segala cek atau kenyataan
pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani bersama oleh
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa berhak
melantik sesiapa antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau
pengeluaran wang Pertubuhan semasa ketiadaan mana-mana penandatangan tersebut.
4.
Perbelanjaan yang lebih daripada RM 2500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima
Ratus Sahaja)
bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu
oleh Jawatankuasa, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 5000.00
(Ringgit
Malaysia Lima Ribu Sahaja) bagi sesuatu
masa tidak boleh dilakukan
tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu. Perbelanjaan RM 2500.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Lima Ratus Sahaja) dan ke bawah
bagi sesuatu masa boleh diluluskan bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari.
5.
Penyata kewangan bagi setahun
hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diperiksa
oleh Juruaudit yang dilantik di bawah Fasal 11 perlembagaan ini dengan seberapa
segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan yang telah diaudit itu hendaklah diedarkan
untuk makluman ahli-ahli dan dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat
Agung Tahunan yang berikut. Setiap
salinan tersebut hendaklah
dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
6.
Tahun kewangan Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh
12 bulan iaitu bermula dari
1 Januari .
FASAL 11 JURUAUDIT
1. Dua orang yang bukannya pegawai Pertubuhan hendaklah
dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Juruaudit. Mereka yang memegang jawatan
selama dua tahun boleh dilantik semula.
2.
Juruaudit adalah dikehendaki
memeriksa penyata kewangan Pertubuhan bagi setiap tahun. Juruaudit hendaklah membuat perakuan dan
menandatangi penyata kewangan tersebut untuk pertimbangan Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Pengerusi
mengaudit penyata kewangan Pertubuhan pada bila-bila masa di dalam tempoh
perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR HARTA
1.
Segala harta tidak alih Pertubuhan
hendaklah didaftarkan atas nama Pertubuhan dan segala surat cara pelaksanaan
berkaitan dengan harta ini dianggap sah dan berkuatkuasa seolah-olah ianya
telah dilaksanakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat surat cara
itu disempurnakan oleh 3 orang pemegang jawatan pertubuhan pada masa itu yang
mana perlantikan mereka disahkan melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh
Pendaftar Pertubuhan dan dimeteri dengan meteri
Pertubuhan.
2.
Harta tidak alih Pertubuhan tidak
boleh dijual, digadai, ditarik balik atau ditukar milik tanpa persetujuan
Mesyuarat Agung.
FASAL 13 TAFSIRAN PERLEMBAGAAN
PERTUBUHAN
1.
Dalam tempoh diantara dua Mesyuarat
Agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada perlembagaan ini dan
Jawatankuasa, jika perlu, boleh memutuskan
perkara-perkara yang kurang jelas di dalam perlembangaan ini.
2.
Kecuali perkara-perkara yang
bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat
agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak
diubah oleh keputusan Mesyuarat Agung.
FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG
1. Jawatankuasa boleh, jika
difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung
bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis terlebih dahulu.
FASAL
15 LARANGAN
1.
Sebarang bentuk perjudian seperti
yang ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang di permis
pertubuhan.
2.
Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak
harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga
mengganggu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam
gerakan kesatuan pekerja seperti definisi di dalam Akta Kesatuan Pekerja 1959.
3.
Pertubuhan ini tidak boleh
menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama
Pertubuhan atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan dari pihak berkuasa yang berkenaan.
4.
"Faedah" seperti yang
diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana
ahlinya.
5.
Semua wang dan keuntungan yang
didapati oleh Pertubuhan ini hasil dari penyertaannya dalam kegiatan ekonomi
hendaklah disalurkan kembali
kepada
pertubuhan bagi mencapai matlamat pertubuhan ini dan tidak
boleh digunakan untuk membayar faedah,
keuntungan atau bonus kepada mana-mana ahli Pertubuhan. Sungguhpun begitu
peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran gaji atau perbelanjaan
pentadbiran atau kedua-duanya kepada mana- mana
ahli atau pekerja Pertubuhan.
FASAL 16 PINDAAN PERLEMBAGAAN
1. Perlembagaan ini tidak boleh
dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat Agung. Permohonan untuk pindaan
perlembagaan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60
hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan pindaan itu dan hanya
boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh
Pendaftar Pertubuhan.
FASAL
17 PEMBUBARAN
1.
Pertubuhan ini boleh dibubarkan
secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang
daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi
dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
2.
Sekiranya Pertubuhan hendak
dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan
Pertubuhan yang sah mengikut perlembagaan hendaklah
dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang
dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.
3.
Permohonan pembubaran ini hendaklah
disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan
dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
FASAL
18 BENDERA, LAMBANG DAN LENCANA
1. Bendera
-
Keterangan
-
2.
Lambang
Keterangan
Lambang pertubuhan terdiri dari gabungan dua gambar iaitu
flat/bangunan dan tapak tangan
sedang berdoa. Membawa maksud pertubuhan memohon keberkatan dari Tuhan. Lambang
juga menggunakan 2 warna utama iaitu putih dan biru muda. Putih bermaksud suci hati dan biru muda bermaksud hidup dalam sejahtera dan harmoni
3. Lencana :
Keterangan
Keterangan
0 Ulasan