Minit Mesyuarat

MINIT MESYUARAT AJK PENAJA PENUBUHAN
BADAN PEMANTAU KEBAJIKAN PENDUDUK RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2 (BPKP)

Tarikh             :           20hb. Oktober 2019
Masa              :           09.00 Malam
Tempat           :           Restoran DiMalee Taman Seri Mawar

Kehadiran     :           18 orang


1.    Agenda 1 : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Penaja
1.1 En. Izlan Tun merakam ucapan kesyukuran dan terima kasih atas kehadiran penduduk yang sudi datang untuk memastikan penubuhan sebuah persatuan yang akan membela kebajikan penduduk dapat direalisasikan.
1.2 En Izlan menerangkan tujuan atau matlamat penubuhan persatuan iaitu antara lain untuk membela nasib penduduk-penduduk.

2.    Agenda 2 : Cadangan Nama Persatuan/Pertubuhan dan Pelantikan Ahli Jawatakuasa Penaja
2.1 Sebelum melantik AJK Penaja, En Izlan mencadangkan nama pertubuhan iaitu Persatuan Pemantau Kebajikan Penduduk Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 atau ringkasnya PPKP. Bagaimanapun En Tajol Ariffin mencadangkan nama lain iaitu Badan Pemantau Kebajikan Penduduk. Rumah Pangsa Senawang Fasa 2 (BPKP) kerana ia lebih menunjukan fungsi ‘badan’ itu untuk memantau bukan sahaja kebajikan penduduk tetapi memantau beberapa NGO di kawasan yang sama, adakah NGO berkenaan juga turut sama memperjuangkan kebajikan penduduk atau sekadar mencari dana untuk persatuan sendiri sahaja.
2.2 Mesyuarat bersetuju nama-nama seperti di bawah dilantik menjadi AJK Penaja bagi tujuan melicinkan pendaftaran persatuan. 

Bil
Jawatan
Nama Penuh dan Nama Cina (Jika Berkenaan)
Jantina (L atau P) No.K/P
Alamat Kediaman Semasa
No. Tel
1
PENGERUSI
IZLAN BIN TUN
590729-10-5345 LELAKI
NO.34C, FLAT PKNNS, JLN SENAWANG-PAROI 70450 SEREMBAN. N.S
016-4723626
2
TIMBALAN PENGERUSI
MOHD SARVER BIN GULAM HUSSAIN
611208-05-5549 LELAKI
NO.12A, FLAT PKNNS, JLN SENAWANG-PAROI 70450 SEREMBAN. N.S
013-3026198
3
SETIAUSAHA
FATIMAH BTE SHIDZTAMIAH
560817-05-5352 PEREMPUAN
NO.13F, FLAT PKNNS, JLN SENAWANG-PAROI 70450 SEREMBAN. N.S
017-2952563
4
PENOLONG SETIAUSAHA
NORHISHAM BTE HJ ITHNIN
701120-05-5068 PEREMPUAN
NO.5D, FLAT PKNNS, JLN SENAWANG-PAROI 70450 SEREMBAN. N.S
010-3678979
5
BENDAHARI
RAJA DIWI BTE SULONG
481130-01-5332 PEREMPUAN
NO.36C, FLAT PKNNS, JLN SENAWANG-PAROI 70450 SEREMBAN. N.S
016-2035332
6
AJK
RUGAYAH BTE SAZAR ALI
580425-01-5050 PEREMPUAN
NO.33E, FLAT PKNNS, JLN SENAWANG-PAROI 70450 SEREMBAN. N.S
012-9042938
7
AJK
MAIMUNAH BTE ABU TALIB
650101-04-5270 PEREMPUAN
NO.20B, FLAT PKNNS, JLN SENAWANG-PAROI 70450 SEREMBAN. N.S
017-2825379

Tindakan : Makluman

3.    Agenda 3 : Pendaftaran Persatuan
3.1 Mesyuarat bersetuju tugasan mendaftarkan persatuan diserahkan kepada Setiausaha dan penolongnya.

Tindakan : Makluman

4.   Agenda 4 : Pembukaan Akaun Semasa Persatuan
4.1 Maybank senawang. Mesyuarat memutuskan agar akaun semasa persatuan dibuka di Maybank cawangan Senawang kerana kedudukan bank tersebut dekat dengan pejabat  persatuan. Cadangan ini disokong sebulat suara.

5.    Agenda 5 : Lain-lain Hal
5.1 Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya;
1.    Cadangkan persatuan menjalin kerjasama dengan semua NGO yang berdaftar dengan JPPM dan berada di kawasan kejiranan Rumah Pangsa Senawang Fasa 2.
2.    Melantik seorang atau dua orang penasihat yang berpengalaman dalam berpersatuan.
3.    Bekerjasama dengan pihak surau dan masjid dalam menangani golongan yang memerlukan bantuan kebajikan.

Tindakan : Makluman

6.    Agenda 6 : Ucapan Penangguhan
6.1 Pengerusi penaja sekali lagi merakam ucapan terima kasih kepada semua yang hadir. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 10.45 malam.


Laporan disediakan oleh :                                                                 



……………………………..                                                         
Fatimah binti Shidztamiah
Setiausaha

Catat Ulasan

0 Ulasan