MESYUARAT BERSAMA AJK BPKP DENGAN KRT DAN STRATA

Bertempat di Restoran Di'malee Senawang, satu mesyuarat telah diadakan khusus untuk membincangkan tentang permasalahan di kawasan kejiranan flat Senawang Fasa 2.KRT diwakili oleh pengerusinya iaitu En. Yuzimuddin manakala Strata diwakili oleh pengerusinya Hj Ruzali dengan seorang AJKnya iaitu Pn Sarimah.

Sebelum mesyuarat dimulakan, pengerusi BPKP terlebih dahulu membuat pengumuman iaitu melantik En Tajol Ariffin sebagai Penasihat BPKP atau Badan Pemantau Kebajikan Penduduk.

Antara agenda mesyuarat ini ialah membincangkan dan mencari jalan penyelesaian terhadap rugutan penduduk berkenaan rumput dan lalang yang telah tidak dipotong hampir setahun lamanya mengakibatkan keadaan sekitar flat seperti belukar. Lain-lain aduan ialah berkenaan sampah yang tidak dibuang di tempat sepatutnya begitu juga keadaan pagar yang ada telah dirosakan.

Susulan dari mesyuarat tersebut, satu surat rasmi menggunakan kepala surat BPKP akan dihantar kepada Biro Pengaduan Awam Negeri Sembilan. Email juga akan dihantar dalam masa terdekat.

Sebelum itu, pengerusi BPKP EN Izlan telah bertemu dengan ketua Biro Pengaduan Awam di pejabat biro di UTC Ampangan iaitu En Anuwar. En Anuwar meminta tempoh seminggu untuk memanjangkan permasalahan tersebut kepada pihak SUK.

Catat Ulasan

0 Ulasan